Follower / Group IDM

Saturday, November 12, 2011

Lagu Agnes Monica - Allah Peduli

Bersesuaian dengan isu hangat kekeliruan penggunaan perkataan 'Allah' didalam penerbitan gereja Kristian.

Kelmarin Ahli Parlimen Baling, Dato Taib Azamuddin semasa pembahasan di Parlimen mengenai isu ini mengulas "Allah yang mana" yang mereka maksudkan. Kita biasa mendengar orang Cina menyebut 'Tuhan Alah'.

Sesiapa yang pernah mengambil subjek TITAS (Tamaddun Islam Tamadun Asia Tenggara) dahulu ada mengajar mengenai agama-agama mereka iaitu Hindu,Budha, Kristian dan sebagainya, juga yang tidak beragama dipanggil "pagan" serta yang tidak mempercayai agama di panggil ateis .

Agama Budha,Kristian dan Hindu dipanggil agama langit. Tutor saya ada menyebut mereka juga percaya Tuhan yang betul ialah Allah cuma mereka menggunakan perantaraan.

Di dalam Kristian, mereka mendakwa 'God' di dalam bible mereka tu adalah Allah iaitu bapa kepada jesus mereka dan suami kepada Mary mereka . Namun begitu tiada sepatah pun di dalam bible yang menyebut perkataan Allah. Begitu juga dengan agama Hindu dan Budha.

Namun begitu, orang Kristian di Indonesia telah menggunakan perkataan Allah. Contohnya lirik lagu Agnes Monica (Kristian) yang bertajuk "Allah Peduli".

Di sini jelas menunjukkan keburukan jika mereka dibenarkan menggunakan perkataan Allah walau pun tidak sama dengan Allah SWT kita.

Tidak mustahil orang Islam yang kerana fanatik atau pun jahil tentang Islam menyanyikan lagu tersebut. Saya yang kurang ilmu agama ni berpendapat adalah murtad menyanyikan lagu tersebut walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja kerana Allah yang Agnes Monica itu adalah bapa Jesus mereka.

Jadi kepada peminat Agnes Monica khasnya dan peminat lagu-lagu Indonesia amnya..berhati-hatilah! Mungkinkah Agnes Monica cuba mengkristiankan orang Islam!

lirik lagu Agnes Monica Allah Peduli @ isuhangat

p/s ; imbas kembali IDM

Nokia Terbaru Yang Akan Mengalahkan Semua Smartphone

NOKIA secara diam-diam akan melancarkan produk terbarunya. Smartphone keluaran terbaru ini dijangka akan mengalahkan pasar penjualan Blackberry malah Iphone.

Menurut data terbaru, Smartphone Nokia ini akan dijual secara LIMITED EDITION dengan ciri-ciri menawan:

1. Shockproof : Tahan kena banting walaupun anda sengaja menjatuhkannya dari ketinggian setinggi tiang TM.

2. Bluetooth : Bukan sembarangan bluetooth. Teknologi terbaru yang dapat memungkinkan connection bluetooth sehingga radius 100 meter.

3. Kamera : Dengan kamera 18.0 megapixel yang mampu menghasilkan kualiti film HD. Serta 80x optimal zoom.

4. Nokia Messenger

5. Nokia Maps with 3d graphs (street view)

6. Battery life up to 15 days

7. Kualiti suara digital surround

8. Upgradeable with the latest gadget

9. Easy connect with transparent socket

Gambar di bawah:

Photobucket

Hoho just for fun

Gaji Programmer Google

gaji pekerja google @ isuhangat

Google telah lama diketahui sebagai tempat terbaik untuk bekerja. Mereka menawarkan makanan percuma, tempat bersenam, tempat berehat dan potong rambut profesional di pejabat mereka di California. Lihat gambar pejabat Google VS Yahoo Di sini .Perkara tersebut telah menjadikan mereka syarikat pilihan pekerja dari seluruh perniagaan yang ada di dunia.

Selain dari persekitaran tempat kerja yang relax dan makan free mestilah gaji pekerja Google menarik juga kan. Tahukah anda berapa gaji pekerja-pekerja Google? Data berikut tidak terlalu mudah dicari, jika anda tidak percaya, anda boleh search di Google.

Berikut adalah statistik gaji pekerja Google yang cukup menarik.

1. Google Programmer di Phoenix – $174,000 setahun

2. Google Programmer di California – $197,000 setahun

3. Google Programmer di Chicago – $222,000 setahun

4. Google Programmer di New York – $242,000 setahun

(menurut Indeed.com)

Itu hanya gaji… apa lagi yang ditawarkan Google kepada pekerjanya?

1. Google akan membayar $8,000 setahun jika anda mahu sambung belajar. Mereka hanya mengharapkan keputusan gred “B”.

2. Jika anda memperkenalkan seorang pekerja untuk menjadi staff Google dan mereka bertahan untuk 60 hari, Google akan membayar $2,000 kepada anda.

3. Jika anda hendak mengambil anak angkat, Google akan memberikan $5,000 untuk urusan legal dan kos.

4. Bergantung kepada berapa lama anda bekerja di Google, anda akan mendapatkan sehingga dengan 25 hari bonus hiburan dalam setahun.

Satu lagi perkara yang menarik dari segi pendapatan pekerja Google, menurut New York Times, kira-kira ada 1,000 pekerja Google yang mempunyai saham dengan nilai $5 juta dollar.

Masih menurut New York Times, setiap pekerja yang bersama Google untuk setahun sahaja memiliki nilai lebih dari $250,000.

Pesaing google mengatakan bahawa programmer Google telah menikmati 50% kenaikan gaji dalam beberapa tahun terakhir ini.

Apa yang admin nampak dari kisah pekerja Google ini ialah syarikat yang menawarkan ganjaran dan tempat kerja yang menarik dapat memberi semangat bekerja kepada pekerjanya yang akhirnya mereka akan bekerja bersungguh-sungguh,setia dan rela buat apa sahaja demi keuntungan syarikat.

Falsafah 5 jari

Falsafah 5 jari dalam kehidupan sosial manusia :

1. Ada yang gempal, ibu jari yang selalu berkata baik dan menyanjung.
2. Ada telunjuk yang suka menunjuk dan memerintah.
3. Ada si panjang, jari tengah yang sombong dan suka menghasut jari telunjuk.
4. Ada jari manis yang selalu menjadi tauladan, baik, dan sabar sehingga diberi hadiah cincin.
5. Ada kelingking yang lemah dan penurut serta pemaaf (waktu kecil kalau kita berbaik dengan musuh kita selalunya saling sentuh jari kelingking).

Dengan perbezaan positif dan negatif yang dimiliki masing-masing jari, mereka bersatu untuk mencapai tujuan (menulis, memegang, menolong anggota yang lain, melakukan pekerjaan dan sebagainya).

Kita selalu dengar pepatah satu jari telunjuk di tujukan kepada orang lain tetapi 4 jari menunjuk kepada diri kita sendiri.

Jadi, semasa kita menghalakan 1 jari telunjuk kepada orang lain dengan memaki. Maka secara tidak langsung kita 4x lipat ganda memaki diri kita sendiri.

Kita diciptakan dengan segala perbezaan yang kita miliki dengan tujuan untuk bersatu, saling menyayangi, saling menolong, saling membantu, saling mengisi, bukan untuk saling menuduh, menunjuk, merosak,menfitnah bahkan membunuh.

Lawak seram

Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung. So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.

So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini"

Thursday, October 20, 2011

Kenali Arak


Adakah anda tahu apa itu arak?
• Alkohol sinonim dengan arak atau minuman keras
selalunya diminum ketika bersosial atau digunakan untuk
mempertingkatkan "mood"
• Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan jika selalu
diminum
• Minuman beralkohol terdapat dalam pelbagai bentuk
termasuk bir, wain, brandi dan wiski

Adakah anda tahu kesannya terhadap badan?
• Ia memperlahankan fungsi sistem saraf pusat
• Mengubah persepsi, emosi, pergerakan, penglihatan, dan pendengaran seseorang

Apakah faktor-faktor risiko bagi seseorang untuk minum berlebihan?

• Faktor persekitaran contohnya :
o Mudah didapati
o Tidak mahal
o Pengiklanan yang menarik di media

• Faktor Sosial :
o Pengaruh rakan sebaya
o Latarbelakang keluarga
o Pengaruh idola atau orang-orang yang terkenal
o Budaya

• Faktor Biologi :
o Keturunan
o Personaliti (contohnya: impulsif, mudah gelabah/terangsang)

Mitos dan realiti tentang kegunaan alkohol
metos-->• Penggunaan alkohol
membuat seseorang individu
berasa seperti dewasa.

realiti-->• Remaja yang tidak mengambil alkohol
adalah lebih matang dan dapat berfikir
secara rasional. Mereka juga kurang
bermasalah.

metos-->• Alkohol memudahkan
mereka mendapat ramai
kawan dan diterima sebagai
sebahagian dari kumpulan
tersebut.

realiti-->• Rakan yang tidak mengambil alkohol boleh
lebih dipercayai dan merupakan kawan yang
sentiasa mengambil berat. Perhubungan
antara kawan juga lebih sihat tanpa
penggunaan alkohol.

metos-->• Alkohol membuatkan
seseorang itu nampak "cool"
dan berjaya.

realiti-->• Alkohol mengakibatkan mabuk,yang mana
ini jelas tidak "cool" dan juga merbahaya.

metos-->• Alkohol menghilangkan rasa
bosan dan memberi
keseronokan.

realiti->• Kegembiraan adalah lebih nikmat apabila
seseorang itu mengambil bahagian dalam
aktiviti sihat dan tidak mabuk. Kegembiraan
di bawah pengaruh alkohol tidak bertahan
lama dan mudah dilupakan.

metos-->• Adalah lebih baik mengambil
alkohol semasa remaja
supaya anda boleh berhenti
mengambilnya semasa
dewasa ketika anda
mempunyai lebih
tanggungjawab.

realiti-->• Remaja juga mempunyai tanggungjawab
yang penting. Malahan, Alkohol boleh
mengakibatkan ketagihan hingga ke
peringkat dewasa. Memulakan aktiviti sihat
pada usia yang muda menjadikan seseorang
itu lebih baik dan sihat apabila dewasa
kelak.

metos-->• Alkohol dapat membantu
melepaskan anda dari
permasalahan dalam hidup.

realiti-->• Menghilangkan masalah melalui
penggunaan alkohol merupakan
penyelesaian jangka pendek sahaja.
Menggunakan alkohol sebagai cara untuk
menangani masalah adalah tidak benar.
Penggunaannya akan menimbulkan lebih
banyak masalah dalam jangka pendek dan
panjang.
Apakah kesan-kesan pengambilan alkohol ?
Kesan pengambilan alkohol merangkumi berbagai aspek kehidupan seseorang.

Implikasi sosial termasuk :
• Kurang konsentrasi yang boleh mengakibatkan kemerosotan prestasi pelajaran
• Ponteng sekolah yang boleh mempengaruhi pencapaian akademik
• Kelakuan Delinkuen/salah laku
• Penglibatan remaja dalam jenayah untuk membiayai tabiat ketagihan alkohol

Kesan fizikal alkohol adalah:
• Keadaan mabuk (seseorang itu berjalan terhuyung hayang, pertuturan yang tidak betul
atau jelas, bingung dan bercelaru).
• Keracunan (gejala-gejala termasuk mengantuk yang teramat, tidak sedar diri, sukar
bernafas, paras gula yang rendah, sawan dan juga boleh menyebabkan kematian).
Gangguan kesihatan termasuk:
• Kerosakan otak yang kekal
• Penyakit hepar ( radang hepar, sirosis, kanser)
• Penyakit jantung (peningkatan tekanan darah, angin ahmar/strok)
• Ulser pada perut (ulser gastrik dan peptik)
• Kanser usus
• Penurunan naluri seks dan mati pucuk
• Keguguran spontan
• Bayi yang tidak normal
• Anaemia (kandungan darah rendah)

Masalah Psikososial juga mungkin timbul. Antaranya :
• Perubahan personaliti
• Kemurungan
• Bunuh diri
• Kelakuan agresif

Adakah terdapat sebarang risiko tidak langsung terhadap kesihatan?
Ya, seseorang yang ketagihan alkohol lebih cenderung untuk :
• Terlibat dalam gejala seks yang tidak selamat (berisiko tinggi mendapat HIV/AIDS).
• Menunjukkan perilaku yang ganas.
• Menderita akibat kecederaan contohnya akibat kemalangan jalanraya.

Apakah itu ketagihan alkohol?
Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang
masa.
Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?
• Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol
• Gagal untuk berhenti dari terus minum
• Gejala fizikal ( berketar, berpeluh dan loya)
• Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
• Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan
oleh alkohol
Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?
Anda sepatutnya :
• Mengamalkan gaya hidup sihat
• Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
• Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
• Isikan masa sepenuhnya - Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program
senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah seperti
PROSTAR dan Rakan Muda
• Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
• Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab
malam, disko dan sebagainya.
• Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang
tertera di atas (Lihat Penyelesaian masalah)
Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?
• Dapatkan pertolongan secepat mungkin
• Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor
sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan

p/s: untuk renung dan dikongsi bersama

Friday, October 1, 2010

PTPTN longgarkan syarat

KUALA LUMPUR - Jika sebelum ini peminjam degil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihalang ke luar negara kerana tidak menjelaskan hutang, namun selepas ini mereka boleh menarik nafas lega.

Mereka kini boleh berbuat demikian bila-bila masa dengan syarat berjumpa PTPTN tujuh hari sebelum tarikh ke luar negara untuk mengadakan perbincangan mengenai hutang yang perlu dilangsaikan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah terbaru itu merupakan salah satu cara untuk menarik peminjam tegar datang berjumpa PTPTN sekali gus menyelesaikan masalah hutang tertunggak.

"Saya anggap cara ini juga dapat membantu PTPTN berjumpa dengan peminjam tegar yang degil secara bersemuka untuk berbincang secara baik bagi menyelesaikan masalah hutang tertunggak," katanya.

Tengku Fakhry dilucut gelaran

KOTA BHARU - Anakanda ketiga Sultan Ismail Petra, Tengku Muhammad Fakhry Petra hilang gelaran Temenggong apabila ia ditarik balik oleh Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V berkuat kuasa semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Aiseri Alias berkata, Sultan Muhammad Ke-V telah mengampuni perkenan penarikan balik gelaran tersebut atas sebab-sebab tersendiri.

Selain itu, katanya, baginda turut menarik balik pelantikan dan penganugerahan Darjah Kerabat Ahli Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) (Al-Muhammadi I) daripada Tengku Fakhr

Samy Vellu undur Januari 2011

KUALA LUMPUR - Datuk Seri S. Samy Vellu, salah seorang pemimpin parti paling lama berkhidmat di negara ini, mengumumkan bahawa beliau akan melepaskan jawatan Presiden MIC pada Januari depan.

Tokoh politik berusia 74 tahun kelahiran Kluang, Johor itu berkata, timbalannya, Senator Datuk G. Palanivel akan mengambil alih jawatan tersebut.

Samy berkata, beliau telah memaklumkan kepada Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) mengenai hasratnya itu.

Planet digelar Bumi Baru ditemui

LOS ANGELES - Lima pakar astronomi Amerika Syarikat (AS) menemui sebuah planet baru dikenali sebagai Gliese 581g yang kelihatan seperti Bumi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Planet itu terletak di satu kawasan yang dirujuk sebagai zon kehidupan kerana suhunya tidak terlalu panas atau sejuk bagi cecair membentuk lautan, sungai dan tasik serta berada pada jarak 20 tahun cahaya dari Bumi.

Planet itu mengelilingi satu bintang yang yang dianggap seperti matahari.

Bintang itu diberi nama Gliese 581.

Planet itu berpusing mengelilingi bintang itu setiap 37 hari untuk satu putaran penuh.

Ia didapati tiga kali besar daripada Bumi namun berada dekat dengan bintang itu pada jarak 22.5 juta kilometer.

Planet yang digelar sebagai 'Bumi Baru' itu mempunyai satu bahagian yang sentiasa siang manakala bahagian yang bertentangan selalu malam kerana ia tidak banyak berputar.

Kumpulan pakar itu tidak dapat mengesahkan sama ada wujud air di planet tersebut.

Namun, salah seorang pakar astronomi, Dr. Steven Vogt dari Universiti California di Santa Cruz yang mengetuai kajian itu percaya terdapat peluang kehidupan di planet tersebut.

Graviti di planet itu sama seperti Bumi sekali gus membolehkan seorang manusia berjalan tanpa menghadapi sebarang kesukaran.

Menurut Dr. Vogt, bintang yang menjadi matahari di planet itu berada pada kedudukan sama pada setiap masa.

Sebuah kapal angkasa yang mempunyai kelajuan hampir dengan cahaya memerlukan masa 20 tahun untuk tiba di planet itu.

Penemuan itu dibuat selepas 11 tahun pemerhatian dijalankan di Balai Cerap W. M. Kec di Hawaii. - Agensi

Pengadil bantu kemenangan Iran

HO CHI MINH CITY - Peluang skuad bola sepak kebangsaan untuk muncul juara Piala Eximbank Millenium Thang Long 2010 musnah setelah tewas 0-2 kepada Iran pada perlawanan kedua di Stadium Thong Nhat di sini petang semalam.

Pengadil Vietnam, Phung Dinh Dung menjadi 'pemain' ke-12 Iran kerana dia bukan saja membantu gol pertama lawan dan menafikan dua jaringan Malaysia, malah turut melayangkan kad merah kepada Nasriq Baharom pada minit ke-58.

Skuad bimbingan K. Rajagobal itu bermula garang pada separuh masa pertama dengan tandukan Baddrol Bakhtiar pada minit kelima sedikit tersasar dan remba- tan kencangnya dua minit kemudian sedikit melepasi palang.

Safee Sali pula terlewat untuk menyudahkan hantaran Safiq Rahim pada minit ke-16 yang sempat ditepis penjaga gol Iran, Bagher Sadeghi.

Iran turut memperoleh peluang terbaik tetapi percubaan Seyed Iman Mousavi pada minit ke-19 berjaya dihadang dengan baik penjaga gol Malaysia, Sharbinee Allawee Ramli.

Selepas itu, detik kecewa Malaysia bermula apabila dua gera- kan menarik dicetuskan Norshahrul Idlan Talaha untuk disudahkan Safee pada minit ke-24 dan 30 di- nafikan keputusan ofsaid pengadil.

Sebaliknya, Iran berjaya memperoleh gol pertama pada minit ke-41 menerusi rembatan kencang Seyed Iman setelah bola hantaran Safiq dihadang pengadil sebelum ia melantun ke arah pemain Iran.

"Kita banyak mencipta peluang pada babak pertama. Kita memperoleh dua gol tetapi pengadil mendapati pemain kita berada dalam kedudukan ofsaid.

"Kemudian hantaran Safiq dihalang pengadil dan menyebabkan pasukan lawan memperoleh gol pembukaan. Tetapi biarpun ketinggalan, pemain masih dapat meneruskan aksi agresif sebaik babak kedua bermula.

"Saya kecewa apabila pengadil boleh terpedaya dengan lakonan pemain Iran dan melayangkan kad kuning kedua kepada Nasriq. Memanglah sukar untuk bertahan selepas itu," kata Rajagobal ketika ditemui selepas perlawanan.

Iran yang dibarisi skuad Olimpik dengan barisan pemain majo- ritinya berusia 21 tahun memanfaatkan kelebihan beraksi menentang 10 pemain apabila menjaring- kan gol kedua pada minit ke-75 menerusi rembatan Arash Af- shin.

"Sebagai jurulatih, keputusan ini memang mengecewakan tetapi saya puas hati dengan komitmen, kesungguhan dan kerajinan pemain. Kita tiada pilihan kecuali menang ke atas Singapura (esok)," jelas Rajagobal.

Sementara itu, pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal yang turut ditemui meminta penyokong Malaysia memahami situasi bahawa Malaysia masih dalam proses membentuk skuad kebangsaan yang mantap untuk tempoh empat tahun akan datang.

"Peminat perlu faham, kita masih dalam proses persiapan menjelang Sukan Asia 2010 dan Piala AFF Suzuki 2010. Jurulatih masih mencuba pemain dan memberi pendedahan kepada mereka.

"Peminat tidak perlu kecewa sangat. Kita kena bersabar untuk melihat sebuah pasukan yang kuat dan mantap. Saya yakin Rajagobal mampu membentuk gandingan mantap menerusi aksi di Vietnam ini," kata Subahan.

Monday, May 3, 2010

Isu Dunia Melayu 'kembali'

Assalamualaikum w.b.t kepada semua pengunjung blogger ini yang masih lagi mengunjungi walaupun seketika ini blogger telah menamatkan updated . Seketika ini , admin masih belum lagi dapat menyemak artikel atau menulis artikel . Ini kerana , masalah yang di hadapi telah berlaku . Bagamanapun , dua miggu akan datang , Insyaallah admin akan bergiat semula dalam blog ini . Mungkin terlalu rindu dengan menaip semula artikel-artikel yang masih hangat dalam dunia melayu kita . Tunggu dan lihat , salam dari admin . Dan admin meminta kerjasama kesemua pengunjung IDM dapat mempopularkan semula blog ini . TQ ,

Monday, November 9, 2009

BLOGGER IDM BERAKHIR DI SINI

Terima Kasih di ucapkan kepada semua pengunjung blog ini , dari bermulanya tahun lepas dan berakhir tahun ini kerana memberi sokongan yang tidak berbelah lagi . Dan kami ingin meminta maaf jika adakalanya kesilapan atau menyinggung perasaan pada pihak yang tersinggung . Di sini , saya admin yang masih berahsia peribadi tidak dapat lagi updated blogger ini kerana ada masalah yang di hadapi sekarang . Mungkin Allah s.w.t sahaja yang tahu dan berharap tuan, puan , encik, cik dapat memahami dengan segala masalah yang saya hadapi . Mungkin jalan ini lebih bagus untuk saya pilih . Insyaallah , pada masa yang akan datang , saya akan bergiat kembali semula dengan blog ini tetapi mungkin jangka masa itu lama . Sekian , setakat ini sahaja yang saya dapat mengumumkan berita ini . Terima kasih dan Assalamualaikum w.b.t . Berjumpa di masa akan datang .
~ ikhlas dari Admin IDM ~

Monday, November 2, 2009

Budak 11 tahun bersalin pada hari perkahwinan


Belum pun sempat memasuki sekolah menengah, seorang budak perempuan warga Bulgaria, Kordeza Zhelyazkova kini bergelar ibu setelah selamat melahirkan seorang bayi perempuan, lapor sebuah akhbar semalam.




Malah, Zhelyazkova berbangga kerana bayi itu lahir pada hari perkahwinannya dengan teman lelakinya yang berusia 19 tahun, Jeliazko Dimitrov.




Selepas bermalam bersama bayi seberat 2.6 kilogram yang diberi nama Violeta itu, budak perempuan tersebut kembali menyarung gaun pengantin untuk menyelesaikan upacara perkahwinan yang sebelum ini tergendala.




"Sebelum ini, saya cuma bermain dengan alat permainan tetapi kini bayi ini adalah permainan saya yang baru. Saya perlu lebih matang. Saya kini seorang ibu," katanya ketika berada di sisi suaminya di hospital berkenaan.




Keluarga Zhelyazkova gembira dengan kelahiran anggota baru keluarga mereka.
Zhelyazkova yang merupakan ibu paling muda di ibu kota Bulgaria itu hamil dua minggu selepas menyambut hari jadinya yang ke-11.


Penduduk dakwa sejadah turun sendiri dari rak


Ketika saya bergegas memasuki surau untuk melihat empat sejadah berdiri, kami terlihat sehelai sejadah lagi seolah-olah turun dari rak gantung untuk mengikut sejadah lain."




Demikian dakwa seorang penduduk, Ahmad Fadil Johari, 25, yang terkejut menyaksikan kejadian sejadah berdiri yang seolah-olah melakukan sembahyang berjemaah di Surau Taman Kastam 3 dekat sini semalam.




Menurut Ahmad Fadil, dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, sejadah tersebut yang bergerak turun tiba-tiba terhenti seolah-olah menyedari dia dan beberapa rakannya masuk ke surau.




"Dilihat secara logik, sejadah itu boleh terjatuh, sebaliknya sejadah itu tergantung sebelum kami ambil dan susun semula di rak.




"Sebelum masuk, juga ada bauan wangi dari dalam surau dan sebaik membuka pintu kami terlihat sejadah berdiri seperti seorang imam bersama tiga jemaah bersembahyang," katanya kepada pemberita di sini semalam.




Akhbar sebelum ini melaporkan beberapa kejadian aneh sejadah berdiri yang berlaku di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah. Kejadian itu turut berlaku di atas sebuah feri penumpang di Langkawi pada 17 Oktober lalu.